Home Berita PAS Kelantan

Program CSR Telekom Malaysia di Machang

151
SHARE

MACHANG, 9 Sept: YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli pagi ini menghadiri Majlis Penyerahan Baucer / Kupon Perihatin TM sempena Program Inisiatif Tolong Menolong TM 2021.

Penyerahan baucer ini adalah bertujuan untuk meringankan bebanan penduduk di Kelantan khususnya yang terkesan akibat daripada Wabak COVID-19.

Beliau yang juga ADUN Temangan menyampaikan penghargaan secara khusus kepada YBrs. Puan Rozainiee binti Muhamad, Pengerusi Besar Negeri Telekom Malaysia Kelantan serta pegawai-pegawai Telekom Malaysia kerana telah mejayakan program yang sangat bermanfaat ini.