Home Berita PAS Kelantan

Kiriman Tiktok UPKN cecah 1 juta tontonan

145
SHARE

Oleh NORZANA RAZALY

KOTA BHARU, 7 Sept: Aplikasi Tiktok Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) ciptaan Penolong Pengarah Unit Multimedia, Wan Ahmad Sharifuddin Wan Shaffee pada 27 Julai lalu mendapat sambutan apabila berjaya masuk ‘For Your Page (FYP)’.

Pengarah UPKN, YB Ahmad Fathan Mahmood bersyukur apabila strategi UPKN dalam memanfaatkan pendekatan sebaran informasi selari dengan arus semasa yang sohor kini berjaya menarik 18.5K pengikut dan 105.1K sukaan.

“Tiktok UPKN baru sebulan lebih dicipta. Alhamdulillah ada kiriman kita berjaya mencapai 863 ribu tontonan dengan 74 ribu ‘like’ dan dikongsikan oleh 1.8 ribu penggunanya”, katanya.

Menurutnya, video tersebut memaparkan perkongsian Taukeh Kilang Minyak Masak 303, Gan Leong Piow yang membuat solat hajat setiap tahun dan menyediakan surau yang selesa kepada pekerja Muslim walaupun beliau berbangsa Tionghua.

“Konten postif begini menarik minat audien kerana mesej keharmonian kaum di Kelantan bersifat sejagat.

Kita harap video ini boleh mencecah 1 juta tontonan dan ratusan ribu sukaan serta terus dikongsi ribuan penonton dalam masa terdekat”, tambahnya.

Terbaharu, portal Daily Makan turut menularkan konten tersebut pada 2 September lalu dengan mengkredit UPKN melalui pautan https://dailymakan.com/sikap-tauke-cina-kilang…/47007/
Video berkaitan dan banyak muatan menarik lagi boleh ditonton di aplikasi Tiktok menerusi @upknkelantan.