Home Berita PAS Kelantan

Menteri Alam Sekitar lancar Program Semarak Hari Malaysia

54
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

KUBANG KERIAN, 7 Sept: Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September, Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Menteri Alam Sekitar, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man merasmi dan melancarkan Program Semarak Hari Malaysia anjuran Kelab Kebajikan Usahawan Berjaya Kota Bharu di perkarangan hentian teksi Kubang Kerian, semalam.

Menurut YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim, selain sambutan Hari Kebangsaan sambutan Hari Malaysia juga ialah sejarah penting negara yang perlu diingati dan diraikan setiap rakyat Malaysia.

Turut hadir, ADUN Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus, ADUN Demit, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, ADUN Salor, YB Saiful Adli Abu Bakar serta para pemimpin tempatan.