Home Berita PAS Kedah

Pengawal keselamatan patah kaki terlibat kemalangan

15
SHARE

Oleh  NORJULIANA YAACOB

BEDONG, 7 Sept :  Seorang pengawal keselamatan patah kaki kiri ekoran terlibat dalam satu kemalangan minggu lalu.

Shaiful Ashary Yusof, 40 berkata ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Sampai di Petron Sri Utama beliau berasa pening lalu memperlahankan motosikal.

“Bila saya buka mata orang ramai mengelilingi dan cuba membantu untuk saya bangun,” katanya.

Shaiful berkata beliau bimbang memikirkan keadaan dirinya yang tidak dapat bekerja.

“Isteri saya hanyalah suri rumah dan kami perlu membesarkan dua orang anak yang masih bersekolah rendah.

“Saya harap dapat sihat secepat mungkin dan kembali bekerja,” katanya.

Keadaan Shaiful sekeluarga mendaoat perhatian Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit.

YB Ustaz Sabri tampil menyampaikan sumbangan makanan dan juga wang tunai.

Beliau juga turut mengarahkan pegawainya membantu urusan permohonan socso secepat mungkin.