oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 2 Jul: Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) semakin prolifik dengan program digital terbaharu, “GGapo Nok Buat?”.
Pengarah UPKN, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, konsep rancangan tersebut memfokus penonjolan bakat dan kemahiran rakyat Kelantan yang wajar dicontohi masyarakat.
“Program ini menampilkan idea baharu kepada mereka yang masih buntu untuk memulakan sesuatu dalam hidup dan pada masa sama memberi pendidikan berkaitan aspek keselamatan ketika melakukan sebarang aktiviti”, katanya.
Siaran slot tersebut bermula 14 Jun lalu dengan Episod 1 berjudul Jahit Kopiah 10 Minit, diikuti Episod 2, Kain Terpakai Jadi Beg manakala Pertanian Pun Buleh D.I.Y mengisi Episod 3.
Ikuti siaran langsung GGapo Nok Buat? bersama hos Ahmad Zaharuddin Zaid atau Boh Har KKPK setiap Isnin, 9.00 malam di Facebook UPKN.