Home Berita PAS Kedah

PAS Jerlun bantu amilin dan penduduk terkesan PKP 3.0

24
SHARE

JERLUN – Seramai 30 keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di sekitar Parlimen Jerlun disantuni oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Jerlun sempena program Ziarah Kasih PAS Kawasan.

Yang DiPertua PAS Kawasan, Dr Ustaz Ab Ghani Ahmad menyatakan program yang diketuai oleh Radzi Mat Isa melibatkan enam Unit Daerah Mengundi (UDM) dalam Parlimen Jerlun bertujuan untuk mengenalpasti sebarang bantuan berkaitan serta senarau penerima sumbangan di kalangan amilin parti yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0.

“Di UDM Batas Bengkok, kami mendengar aduan mangsa ribut di Batu 6 dan Pida 13, Jalan Sanglang yang masih belum menerima bantuan, jesteru saya telah menghubungi Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu untuk diambil tindakan selanjutnya.” Katanya.

Selain itu, baki lima UDM yang diziarahi ialah Kuala Sanglang, Kampung Siputeh, Kodiang, Alor Biak, dan Sungai Korok.

” PAS Kawasan Jerlun sentiasa cakna dengan kebajikan amilin dan penduduk di sini lebih-lebih lagi mereka yang terkesan dengan PKP 3.0.” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Cikgu Azhar Ibrahim, Adun Ayer Hitam ketika dihubungi menyatakan kempen “Kibar Bendera Putih” untuk mereka yang terputus bekalan hanyalah retorik, dan dipelopori oleh parti politk pembangkang yang kekeringan idea, sedangkan gerak kerja wakil rakyat serta agensi kerajaan negeri Kedah amat cakna dengan kebajikan rakyat.

Tambahnya, kerja kebajikan untuk rakyat sudah sebati dan sinonim dengan amilin PAS tidak kira semada semasa menjadi pembangkang dahulu lebih-lebih lagi kini sudah menjadi Kerajaan.

Beliau menegaskan perkara kebajikan dan kesusahan rakyat tidak perlu dijadikan modal politik bahkan mengharapkan semua pihak  berganding bahu demi kesejahteraan rakyat sebagai tanggungjawab bersama.