Oleh NORZANA RAZALY
KAHERAH, 2 Jul: Wisma Kelantan Shoubra yang dibeli Kerajaan Negeri Kelantan sedia digunakan mahasiswa Maahad Al Quran Wal Qiraat Al Azhar, Shoubra.
Majlis penyerahan rasmi hartanah tersebut oleh El Attal Holding kepada Kerajaan Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh Pegawai Kebajikan Pelajar Kelantan Timur Tengah, Ustaz Khairul Anuar Ismail, mewakili Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yacob, 28 Jun lalu.
Wisma lapan tingkat berharga RM9 juta yang memiliki semua kelengkapan bangunan termasuk surau, dewan, pejabat, rumah warden dan bilik kediaman pelajar itu dibeli pada 19 Disember 2019.
Kontraktor baru menyerahkan bangunan tersebut selepas selesai renovasi pada Jun lalu kerana proses pembinaannya tergendala setengah tahun akibat kekangan masa ekoran pandemik COVID-19.