Home Berita PAS Pahang

ADUN Panching agih bantuan berterusan di musim PKP

165
SHARE

Oleh: AZURA AWANG

PAYA BESAR, 2 Jul: Sumbangan kepada para penduduk yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam kawasan DUN Panching diteruskan mengikut jadual yang telah disusun oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Panching sejak bermula PKP 1.0 hingga lockdown bulan lalu dan terkini PKPD.

Malah ada beberapa penambahan yang dibuat kerana bertambahnya jumlah sumbangan oleh para dermawan di kalangan orang ramai yang disalur melalui PKM dan bertambahnya bilangan sukarelawan yang sudi membantu mengagihkan barangan bantuan tersebut melalui jentera cawangan dan kawasan.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Panching YB Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang ditemui sewaktu sedang menyampaikan barangan bantuan di Kampung Pandan 1 di sini semalam.

“Kami sudah ada jadual aktiviti pelbagai jenis bantuan yang disusun dengan baik. Jadual tersebut sentiasa disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan tidak ada pihak yang terlepas pandang tidak dibantu. Bantuan yang diberikan bukan sahaja pengagihan barangan makanan dan keperluan harian malahan bantuan-bantuan perkhidmatan.” ujar Mohd Tarmizi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar.

Menurutnya lagi, ada juga sebahagian dari penduduk kampung yang datang terus ke pejabatnya untuk memohon bantuan dan mengambil sendiri barangan keperluan mereka.

“Walaupun sumbangan ini bukanlah untuk menyelesaikan masalahan penduduk sepenuhnya, namun dengan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas ini dapat juga meringankan beban yang mereka tanggung.” katanya lagi.

Turut mengiringi dan membantu beliau mengagihkan barangan tersebut adalah Ketua Cawangan PAS Pandan 1 Mohd Hanif Yunus. Kelmarin beliau dibantu oleh wakil cawangan Md Rasid Masudin.

Mohd Tarmizi berkesempatan turun sendiri untuk melihat keadaan masyarakat setempat sambil menyampaikan sumbangan di sepanjang tempoh PKP berlangsung dari PKP 1.0 hingga kini PKP 3.0 semalam.

Dalam seminggu ini beliau telah menziarahi para penduduk di Taman Tas, Kg. Chendering, Kg. Pandan 2, Bukit Rangin dan Kg. Seri Pandan.

Beliau turut menyeru masyarakat sekeliling agar sentiasa prihatin dengan jiran-jiran, menjenguk keluarga mereka yang mungkin sedang dalam kesulitan, supaya mereka tidak terputus bekalan makanan.

“Jangan tunggu mereka kibarkan bendera, baru kita tau mereka dalam kesempitan,” katanya mengakhiri wawancara mengenai usaha memberi sumbangan ini.

Kepada dermawan yang ingin memberi sumbangan kewangan, boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Muamalat 06010004266719 (PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN PANCHING) dengan memaklumkannya ditalian 0162640448.

Sumbangan barangan juga boleh dihantar terus ke pejabat PKM ADUN Panching di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Badak.

::====::====::====::====::====::====::====::====::====::====::