KOTA BHARU, 3 Mei: Menteri Undang-undang dan Parlimen, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengedarkan bubur lambuk di hadapan pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu.
Beliau juga selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu meluangkan masa bersama beberapa pimpinan lain menghulurkan bubur berkenaan kepada pemandu kenderaan yang melalui kawasan tersebut.