Home Berita PAS Kelantan

Orang Asli: Kerajaan pusat injuksi 5 syarikat

1100
SHARE

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 April hadapan bagi mendengar perbicaraan permohonan injunksi kerajaan Persekutuan terhadap lima defendan berkaitan isu Orang Asli.

Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Dato’ Shahidani Abd Aziz berkata keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Katanya, hari ini mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk injunksi bagi membolehkan plaintif dan defendan menfailkan afidavit bersama hujah masing-masing.

“Pada 14 April nanti mahkamah akan putuskan sama ada hendak membenarkan injunksi terhadap syarikat atau tidak sehingga keputusan perbicaraan penuh yang belum ditetapkan.

“Kerajaan negeri tidak dinamakan untuk permohonan injunksi tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes tersebut.

Jumaat lalu, Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan berkata, kerajaan Persekutuan menyaman kerajaan Kelantan bagi menuntut mendapat pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang.

Malah peguam terbabit juga mendakwa hak Orang Asli sebagai warga negara diabai dan dilanggari.

Lima syarikat turut dinamakan pada injuksi tersebut iaitu M7 Plantation Berhad, KPG Maju Enterprise Sdn Bhd, Koperasi Kijang Emas Berhad, Ringgit Saksama Sdn Bhd dan Fleet Precision Sdn Bhd.

Saman tersebut juga melibatkan kerajaan negeri, Pengarah Tanah dan Galian Negeri serta Pengarah Jabatan Perhutanan. – HARAKAHDAILY 22/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9482-orang-asli-kerajaan-pusat-injuksi-5-syarikat