Home Artikel PAS Kelantan

Kelantan tambah baik pengajian tahfiz

47 views
SHARE

KOTA BHARU: Yayasan Islam Kelantan (Yik) akan mengadakan kerjasama dengan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membolehkan pelajar tahfiz menduduki Sijil Tahfiz Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembngunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha itu merupakan sebahagian dari langkah penambahbaikan sistem tahfiz sedia ada.

Katanya, pendekatan baharu tersebut diharap dapat meningkatkan kualiti hafazan dan mutu bacaan pelajar,” katanya pada majlis Graduasi Tahfiz Yik Kali Ke-9 2019 di Putik hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakub. Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan Yik. – HARAKAHDAILY 22/1/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9484-kelantan-tambah-baik-pengajian-tahfiz