Home Berita PAS Kelantan

412 pelajar YIK mendapat 10 Mumtaz dalam SMU 2021

114
SHARE

KOTA BHARU, 11 Ogos: Calon berdaftar bagi peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) tahun 2021 bagi Sijil Menengah Ugama (SMU) adalah seramai 5,690 orang calon.

Daripada jumlah tersebut seramai 5,604 orang atau 92.44 peratus daripada 6,062 orang lulus mendapat sijil iaitu sekurang-kurangnya pangkat Maqbul untuk 10 mata pelajaran yang diduduki.

Berucap di Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SMU/SMTQ/SMU Dini/ STUP Tahun 2021, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB Ustaz Azhar Salleh berkata, “Kerajaan Negeri Kelantan antara negeri yang paling banyak memperuntukan peratusan bajet tahunan negeri untuk pendidikan. Untuk makluman bersama, pada tahun ini sekitar RM120 Juta diperuntukan kepada YIK”

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Chondong turut mengumumkan, seramai 412 orang pelajar YIK telah berjaya memperolehi 10 Mumtaz dalam semua mata pelajaran dalam SMU yang diambil. Manakala seramai 1,437 orang calon telah mendapat pencapaian pangkat Mumtaz.

Beliau turut mengumumkan, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong telah mendapat sekolah terbaik berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), iaitu GPS :1.03, manakala Maahad Sains Tok Guru tempat kedua memperolehi GPS :1.10 dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah tempat ketiga memperolehi GPS :1.16.

Majlis yang diadakan di Bilik Seminar Yayasan Islam Kelantan ini turut dihadiri oleh Pengarah YIK, Engku Rajhan Engku Ismail, Pengentua dan Mudir sekolah, serta wakil ibubapa pelajar cemerlang.