Home Berita PAS Kedah

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS negeri Kedah meriah: lebih 3,000 anak muda hadir

508
SHARE

PADANG TERAP – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dengan rasminya telah melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS dalam program Himpunan dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Kedah di dataran Markaz JpRD Pedu, Pekan Naka petang semalam.

Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamuddin setelah memberikan ucapannya dengan penuh semangat di atas pentas utama.

Seramai 2,000 anak muda telah menyertai konvoi, dan selebihnya adalah datang dengan kenderaan sendiri membawa seluruh ahli keluarga mereka sendiri ke tapak program.

“Kalau nak tengok perintah Tuhan dilaksanakan, bagi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah,

“Judi dapat disekat bukan kerana keinginan Menteri Besar Kedah, tapi MB sendiri jawab laksanakan kerana perintah Allah,” ujarnya dengan tegas.

Ustaz Afnan juga menegaskan bahawa Pemuda PAS perlu membantu kerajaan negeri dalam mengekalkan pemerintahan negeri Kedah kepada PAS.

“Usaha perlu ditingkatkan, penerangan perlu diperkemaskan, barulah rakyat tahu MB kita ni layak memerintah lagi di negeri ini,” tambahnya.