Home Berita PAS Kelantan

28 orang kakitangan PKINK sertai Kursus Akta Kerja

37
SHARE

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mengadakan Kursus Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) di Dewan Bunga Raya, Hotel Seri Pacifik, baru-baru ini.
Seramai 28 orang peserta membabitkan kakitangan PKINK dan Syarikat Anak Kumpulan telah menyertai kursus selama tiga hari itu.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus menyatakan, kursus ini adalah dengan kerjasama Akademi PKNS yang dikendalikan oleh dua orang penceramah.

“Mereka adalah Sulaiman Husin yang mengupas tentang akta tersebut serta kesan Pindaan 2022 terhadap pekerja dan majikan.
Manakala Ketua Operasi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Ahmad Nazri Ismail menyampaikan taklimat khas berkaitan skim perkhidmatan Syarikat Anak Kumpulan PKINK,” katanya.

Turut hadir, Pengurus Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan, Ahmad Syarqawey Abdul Ghani dan Pengurus Operasi Perniagaan Akademi PKNS Sdn Bhd, Mohamad Fairol Saliken.