Home Berita PAS Kelantan

Assabiqat negeri santuni warga emas

34
SHARE

KOTA BHARU, 7 Feb: Sempena berakhirnya hari Chap Goh Mei semalam, penghuni rumah orang tua dari masyarakat Tiong Hwa di sekitar bandar Kota Bharu telah diraikan dengan kehadiran ahli jawatankuasa Assabiqat negeri Kelantan.

Kehadiran disambut dengan senyuman yang terukir dibibir, menandakan keterujaan mereka menerima kehadiran dari Assabiqat negeri yang rata-rata mengucapkan terima kasih dan terharu atas ingatan yang kebanyakkan daripada mereka sudah keuzuran.

“Hao, Hao’ (bagus, bagus), terima kasih datang melawat kami, rasa terharu sangat. Gong Xi Fat Choi, nanti datang lagi,” ujar Lee Chin Hong, 89 dari bandar Kota Bharu.

Seperti sebelumnya, sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kerajaan negeri melalui ahli jawatankuasa Assabiqat akan turun menyantuni mereka dengan membawa buah limau, paket sampul serta barangan keperluan dapur untuk dihadiahkan.

Rombongan tersebut dihadiri Ketua Assabiqat Negeri Rahimah Husain, Timbalannya Wan Ubaidan Wan Omar serta Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) Mr. Lim Guan Seng dan Ketua Penerangan DHPP Mr. Lau Chin Chua.