Home Berita PAS Kelantan

Exco Pendidikan sambut baik pihak yang membantu pembangunan sekolah YIK

106
SHARE

KOTA BHARU, 6 Feb: Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, beliau amat menghargai mana-mana pihak yang mempunyai kesungguhan membantu Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh membantu dan kesemua usaha ini sangat dialukan supaya pembangunan Pendidikan Islam terutamanya di sekolah-sekolah YIK ini dapat diperkasakan serta dapat diperluaskan kepada semua pelajar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis perjanjian sewa pajakan tanah perladangan kelapa sawit di Mukim Blau, Lojing di antara Akademi YIK Sdn. Bhd. bersama Syarikat Dirgamaju Sdn. Bhd di Hotel Perdana, Kota Bharu semalam.

Turut hadir bersama YM Pengarah YIK, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Pengurus Besar Akademi YIK Sdn. Bhd dan pegawai-pegawai Akademi YIK Sdn. Bhd.