Warkah Buat Warga Paroi — Rayuan Terakhir Pak Kam Sebelum Mengundi
PAROI — “Mungkin tidak semua orang akan mengingati apa yang kita ucapkan, tetapi mereka akan mengingati siapa yang hadir ketika mereka dalam kesusahan.” Itulah intipati “Warkah Buat Warga Paroi” — surat rayuan terakhir ikhlas daripada Haji Kamarol Ridzuan, atau lebih dikenali sebagai Pak Kam, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.25 Paroi, menjelang hari mengundi 1 Ogos 2026.
Menerusi warkah tersebut, Pak Kam berkongsi renungan peribadi mengenai perjalanan khidmatnya kepada rakyat Paroi sepanjang ini.
“Setiap langkah yang saya ambil di bumi Paroi, setiap rumah yang saya ziarahi, setiap tangan yang saya genggam, dan setiap air mata yang saya dengari… semuanya telah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya.”
Beliau menegaskan khidmat kepada rakyat tidak pernah dianggap sebagai satu beban, sebaliknya sebagai amanah yang dipegang dengan sepenuh hati.
“Andai selama ini Pak Kam pernah mengetuk pintu rumah tuan puan bukan kerana pilihan raya, tetapi kerana ingin bertanya khabar… Andai pernah bersama ketika musibah menimpa… Andai pernah menjadi tempat menyampaikan harapan dan keluhan… Maka itulah yang saya bawa hari ini. Bukan sekadar janji, tetapi sebuah amanah yang ingin saya teruskan.”
Dengan penuh rendah hati, Pak Kam memohon doa dan sokongan seluruh rakyat Paroi agar diberi peluang sekali lagi untuk terus menjadi suara dan khidmat buat Paroi.
“Kemenangan yang sebenar bukan pada sebuah jawatan… tetapi apabila rakyat tahu, dalam susah dan senang, masih ada insan yang tidak pernah berhenti bersama mereka.”

Sumber: Kenyataan rasmi kempen Haji Kamarol Ridzuan, Calon No.3 N.25 Paroi.
- K — Khidmat Masyarakat
- I — Infrastruktur & Kemudahan Awam
- T — Tekanan Kos Sara Hidup
- O — Oportuniti Ekonomi & Pekerjaan
- J — Jaminan Mengutamakan Rakyat
- A — Amanah & Integriti
- G — Generasi Muda & Keluarga
- O — Operasi & Perkhidmatan Setempat

- Betul Ke YB Paroi ‘Tak Nampak’? Ini 4 Daripada 5 Sidang DUN
- Safety Shield Rakyat Paroi: Bila 30 Tahun Kepakaran Keselamatan Bawa Isu Rakyat Ke Dewan
- Anjing Liar Serang — Kenapa Isu Ni Belum Selesai Juga?
- “Apa Orang Kata Tentang Sey?” — Kamarol Ridzuan Kongsi Testimoni Penduduk Paroi
- Kamarol Ridzuan Ranking #3/36 ADUN N9 — Belanja RM190 Ribu Sendiri Bantu Rakyat
- “Bom Jangka” Depan Rumah — Isu Pokok Tinggi Paroi-Senawang-Ampangan
- Tiga Hari Tanpa Air — YB Paroi Desak SAINS Jelaskan Tangki Rosak Taman Exora
- Kamarol Ridzuan Soal Keselamatan Kualiti Alam Sendayan Berhampiran Kawasan Padat Penduduk
- “Dah 2 Meninggal Kat Situ” — Amaran Pokok Tumbang Sejak 2023
- Kesesakan Taman Tuanku Jaafar Bertambah Teruk — Kamarol Ridzuan Cadang Kawalan Trafik Segera
- ADUN Paroi beri amaran awal risiko kemalangan:Jalan Persiaran Senawang 2 & Jalan Paroi–Senawang
- Haji Kamarol Ridzuan Persoal Isu Tanah Mendap, Cerun Runtuh Dan Pencemaran Udara
- Amaran Sejak 2023:Haji Kamarol Ridzuan Bangkit Isu Pokok Tinggi Dan Jalan Rosak Sebelum Nyawa Melayang