Negeri Sembilan

“Apa Orang Kata Tentang Sey?” — Kamarol Ridzuan Kongsi Testimoni Penduduk Paroi

PAROI — “Sepanjang sey diberi amanah sebagai ADUN Paroi, saya sentiasa berusaha berkhidmat dengan sebaik mungkin.” Itulah pendirian Haji Kamarol Ridzuan, Calon No.3 Perikatan Nasional-PAS bagi N.25 Paroi, sambil berkongsi video testimoni penduduk mengenai khidmatnya selama ini.

Menurut Kamarol, menjadi wakil rakyat baginya bukan sekadar memegang jawatan atau menabur janji, tetapi sentiasa turun padang, mudah didekati dan membantu rakyat selagi termampu.

Dalam video tersebut, beberapa penduduk kawasan Paroi turut berkongsi pandangan mereka — antaranya menggambarkan beliau sebagai peribadi yang mesra, prihatin terhadap kesusahan rakyat sekeliling, dan dikenali ramai di kalangan penduduk tempatan sejak sekian lama.

Sumber: Kenyataan & testimoni rasmi dikongsi menerusi media sosial kempen Haji Kamarol Ridzuan, Calon No.3 N.25 Paroi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️