Peruntukan Jualan Nismilan Prihatin Susut RM3 Juta Ke RM2 Juta — YB Serting Soal Sebab
Nota: Isu ini dibangkitkan Ustaz Fairuz Isa, ADUN Serting, semasa menjalankan tugas rasmi sebagai wakil rakyat di sidang Dewan — direkodkan rasmi dalam Hansard, bukan tuduhan yang diungkit selepas tempoh perkhidmatan. Rekod berdasarkan Hansard setakat tarikh sidang berkenaan; sekiranya ada perkembangan/penyelesaian lanjut selepas itu, ia tertakluk kepada kenyataan terkini pihak berkuasa.
SERTING — Peruntukan Jualan Nismilan Prihatin turun daripada RM3.0 juta (2024) kepada RM2.0 juta (Belanjawan 2025) — susutan yang dipersoal Ustaz Fairuz Isa, ADUN Serting, dalam perbahasan Belanjawan 2025 di Dewan.
Program Bermanfaat, Tapi Bukan Penyelesaian Jangka Panjang
Beliau mengakui program tersebut membawa kebaikan kepada rakyat setempat, namun menegaskan ia lebih kepada “mileage politik” berbanding penyelesaian berterusan. Antara isu yang turut dibangkitkan: barangan kerap habis dalam masa setengah jam selepas dibuka, dan kesukaran mencari beras tempatan (Perpatih, Seri Menanti) di pasaran biasa.
Cadang Program Lebih Konsisten & Bersasar
Ustaz Fairuz Isa mencadangkan bantuan kawalan harga barang dilaksanakan secara lebih konsisten dan bersasar kepada golongan yang memerlukan — bukan sekadar program bermusim — serta merangkumi lebih ramai peniaga/petani/peladang, bukan terhad kepada tempat pilihan sahaja.
Sumber: Rekod Penyata Dewan (Hansard) rasmi DUN Negeri Sembilan, November 2024, ms 220.
- S — Sejahtera
- E — Ekonomi Diperkasa
- R — Rakyat Diutamakan
- T — Telus Memimpin
- I — Integriti Terpelihara
- N — Nilai Islam Dibudaya
- G — Gemilang Bersama