KelantanNegeri

Wakaf perlu diperkasa sebagai instrumen pembangunan ummah mampan – Dato’ Ahmad Yakob

Oleh: Syamimi Manah

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Wakaf perlu terus diperkasa sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan kerana berupaya menyumbang kepada pengukuhan institusi Islam, kebajikan masyarakat serta pembangunan sosioekonomi umat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pasir Pekan, YB Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob berkata demikian selepas menghadiri Pra-Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 dan program Malam Mufti Bermuzakarah yang berlangsung di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.

Menurutnya, program tersebut menghimpunkan para mufti, ilmuwan, ahli akademik serta pemimpin institusi Islam bagi membincangkan usaha memperkukuh agenda wakaf, zakat dan dakwah sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan.

“Program seperti ini menjadi wadah penting untuk menyatukan fikrah dan berkongsi pandangan dalam usaha memperkasa pembangunan Islam serta kebajikan ummah.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️