KelantanNegeri

Bantuan pesakit kronik ringankan beban 45 penerima di DUN Temangan

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA DARULNAIM, 28 JULAI – Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila sebanyak 45 penerima di DUN Temangan menerima Bantuan Pesakit Kronik dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Temangan, pada Sabtu.

Ahli Dewan Negeri (ADN ) Temangan merangkap Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohamed Fadzli Dato’ Hassan berkata, bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban penerima, khususnya dalam menampung kos rawatan dan perubatan yang perlu ditanggung sepanjang menjalani proses pemulihan.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus diberi perhatian, terutama mereka yang berdepan cabaran akibat penyakit kronik,” katanya dalam media sosial, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️