Pemasangan paip HDPE siap, beri manfaat penduduk Gua Musang dan Rantau Panjang
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media AKSB
KOTA BHARU, 23 Julai – Dua projek penambahbaikan sistem bekalan air di Gua Musang dan Rantau Panjang telah siap, sekali gus membantu meningkatkan tekanan serta kualiti bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam media rasminya semalam, di Gua Musang, kerja-kerja pemasangan paip HDPE berdiameter 110 milimeter (mm) sepanjang 400 meter di Limau Kasturi telah siap sepenuhnya pada 20 Julai.
Sumber: inforakyat.kelantan.my