KelantanNegeri

Kelantan negeri padi, hab pengeluaran makanan strategik negara – Exco Pertanian

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 22 Julai – Kelantan yang dikenali sebagai negeri pengeluar padi telah berkembang sebagai hab pengeluaran makanan strategik negara menerusi transformasi sektor pertanian berasaskan teknologi moden dan pengeluaran berskala besar.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, perubahan landskap sektor pertanian negeri itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh keterjaminan makanan serta menjadikan Kelantan sebagai pemain utama industri agromakanan negara.

Menurutnya, sektor pertanian Kelantan kini berkembang lebih dinamik melalui lonjakan teknologi moden, diversifikasi tanaman serta kerjasama erat antara kerajaan negeri, agensi persekutuan dan pemain industri.

“Kelantan kini bukan sahaja bertindak sebagai pembekal padi, malah telah kukuh sebagai hab pengeluaran makanan strategik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspo Tani Negeri Kelantan 2026 yang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, sektor pertanian secara konsisten kekal sebagai penyumbang kedua terbesar ekonomi Kelantan dengan menyumbang sekitar 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri selepas sektor perkhidmatan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️