NegeriTerengganu

Anak Muda Perlu Bangkit Sebagai Pencetus Perubahan

MUAR- Golongan muda perlu bangkit daripada sikap hanya memerhati dan mula menjadi pencetus perubahan dengan mengambil peranan aktif dalam membina masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan berakhlak.

Ketua Ameerah Besut, Amnah Mohamed, menegaskan mereka merupakan aset paling bernilai bagi sesebuah negara kerana memiliki semangat, tenaga, idea dan kreativiti yang mampu membawa perubahan besar jika digerakkan ke arah yang betul.

“Dengan tenaga, idea dan kreativiti yang dimiliki, golongan muda perlu terus diberi ruang untuk memainkan peranan dalam pelbagai aspek pembangunan serta kemajuan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual di Laman Tok Idi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di DUN Maharani di sini semalam.

Amnah mengingatkan generasi muda tidak boleh hanya menjadi penonton kepada isu-isu semasa, sebaliknya perlu tampil menyumbang tenaga, kepakaran dan buah fikiran demi kesejahteraan masyarakat.

“Budaya kesukarelawanan, keprihatinan terhadap masyarakat serta semangat berkhidmat perlu terus diperkasakan bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi ilmu, malah mempunyai jati diri, integriti dan jiwa kepimpinan yang tinggi,” ujarnya.

Amnah turut menegaskan bahawa setiap perubahan besar bermula daripada langkah kecil yang dilakukan secara konsisten dan penuh keikhlasan.

“Jangan sesekali merasakan diri terlalu muda untuk menyumbang, masa depan negara bergantung kepada keberanian anak muda hari ini untuk tampil memimpin, berbakti dan menjadi contoh kepada masyarakat,” ujar beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️