NegeriTerengganu

PRN Johor Jadi Medan Muhasabah Perkukuh Keyakinan Rakyat

KUALA TERENGGANU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu dijadikan medan muhasabah bagi setiap parti politik untuk menilai kekuatan, memperbaiki kelemahan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang dibawa.

Ketua Urusan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kuala Terengganu, Alex Chan Foo Yew berkata, kemenangan dalam demokrasi bukan ditentukan oleh siapa yang paling lantang berkempen, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana rakyat yakin dengan prestasi, perjuangan dan kesungguhan sesebuah parti.

Menurutnya, setiap keputusan pilihan raya perlu diterima dengan hati terbuka dan dijadikan pengajaran untuk meningkatkan mutu khidmat kepada masyarakat.

“PRN Johor mengingatkan kita bahawa dalam demokrasi, kemenangan bukan ditentukan oleh siapa yang paling lantang bersuara, tetapi oleh sejauh mana rakyat yakin dengan perjuangan, prestasi dan kesungguhan sesebuah parti.

“Setiap keputusan pilihan raya wajar dijadikan pengajaran untuk bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan terus berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kira-kira 10 petugas DHPP dari Terengganu akan membantu kempen di Simpang Jeram bermula 7 hingga 10 Julai sebagai tanda komitmen dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️