K-Smart Farm Demonstration Project guna teknologi moden penternakan ayam
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 9 Julai – K-Smart Farm Demonstration Project, hasil kerjasama Malaysia-Korea mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri penternakan ayam moden menerusi penggunaan teknologi serta sistem penternakan yang lebih cekap.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek itu memfokuskan kepada pembangunan industri penternakan ayam secara moden dan berteknologi.
“Ladang ini mampu menempatkan sekitar 20,000 ekor ayam dalam satu-satu masa dengan penggunaan sistem penternakan IoT yang lebih cekap, tersusun dan mesra biosekuriti.
“Semoga projek seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor penternakan negara, sekali gus membantu meningkatkan produktiviti, jaminan bekalan makanan serta pendapatan pengusaha tempatan,” katanya menerusi media sosial, pada Rabu.
Terdahulu beliau bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan Dr Yahasmida Yaacob dan wakil Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah berkesempatan mengadakan lawatan ke projek berkenaan di Jedok, Tanah Merah.
K-Smart Farm Demonstration Project merupakan projek kerjasama Malaysia-Korea yang memberi tumpuan kepada pembangunan industri penternakan ayam menggunakan teknologi moden.
Sumber: inforakyat.kelantan.my

