Mesyuarat MTMN Kelantan bidang pemerkasaan agenda pendigitalan negeri
Mesyuarat MTMN Kelantan tumpu bidang pemerkasaan agenda pendigitalan
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 7 Julai – Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negeri (MTMN) Kelantan Bilangan 1 Tahun 2026 memberi tumpuan kepada pelbagai agenda bagi memperkukuh usaha pendigitalan negeri, termasuk pengukuhan tadbir urus teknologi maklumat, keselamatan siber dan pelaksanaan inisiatif digital untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Demikian kenyataan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat.
Menurutnya, mesyuarat berkenaan membincangkan pelbagai perkara berkaitan pemerkasaan ekosistem digital negeri sebagai antara usaha mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Antara agenda yang dibincangkan ialah pengukuhan tadbir urus teknologi maklumat, aspek keselamatan siber serta pelaksanaan pelbagai inisiatif digital di peringkat negeri,” katanya menerusi media sosial, pada Isnin.
Beliau berharap agar segala keputusan dan perancangan yang dipersetujui dalam mesyuarat berkenaan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memperkukuh ekosistem digital Negeri Kelantan, sekali gus memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat dan menyokong pembangunan negeri.
Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Faziharudean al-Haj Tengu Feissal, Pegawai Kewangan Negeri YB Dato’ Rosnazli Amin, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Kamaruzaman Mohamad.
Sumber: inforakyat.kelantan.my



