Jeli Megatrail beri pengalaman mengujakan kepada peserta, kukuhkan ukhuwah – Exco Sukan
Oleh:Asri Hamat
KOTA DARULNAIM, 6 Julai – Penganjuran Jeli Megatrail 1.0 2026 memberikan pengalaman yang mengujakan kepada peminat sukan ekstrem apabila peserta berdepan laluan ‘off-road’ yang sukar, curam dan berbatu.
Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat YB Zamakhshari Muhamad berkata, hujan yang turun pada malam sebelum acara turut menjadikan laluan lebih mencabar apabila permukaan trek menjadi licin serta dipenuhi lumpur.
Menurutnya, penganjuran itu membuktikan sukan berkenaan bukan sekadar hobi, sebaliknya memerlukan ilmu serta pengalaman yang tinggi dalam pengendalian kenderaan.
“Program ekstrem sebegini bukan sekadar aktiviti sukan bermotor biasa, malah menjadi medan terbaik untuk menguji kemahiran pemanduan dan kecekapan mengendalikan jentera masing-masing di sepanjang laluan trek yang ekstrem.
Sumber: inforakyat.kelantan.my