Reban baharu tingkat bekalan 20,000 ekor ayam bagi setiap pusingan
Oleh: Irham Hilmi Hashim
PASIR MAS, 2 Julai — Pembangunan reban ayam pedaging sistem tertutup kedua di Rong Chenok Agro Valley dijangka meningkatkan bekalan ayam tempatan sebanyak 20,000 ekor bagi setiap pusingan ternakan sekali gus memenuhi permintaan pasaran di Kelantan.
Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) menerusi Projek Pembangunan Agromakanan Negara itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Kerajaan Negeri Kelantan.
“Reban ini mampu menampung sehingga 20,000 ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan ternakan sekali gus membantu meningkatkan bekalan ayam untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan di Kelantan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my