KelantanNegeri

Pendidikan berteraskan al-Quran lahirkan generasi cemerlang – Exco Pendidikan

Oleh: Asyura Muhamad
Kredit foto: Media YB Exco Pendidikan

KOTA BHARU, 2 Julai – Pendidikan yang berteraskan al-Quran, sunnah dan nilai ketuhanan menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak serta mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negeri.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah Iqra’ yang membawa maksud membaca, sekali gus menunjukkan kepentingan menuntut ilmu dalam Islam.

Beliau berkata, ibu bapa memikul amanah besar untuk mencorakkan kehidupan anak-anak kerana setiap insan dilahirkan dalam keadaan suci.

“Nabi Muhammad SAW bersabda agar anak-anak dididik dengan tiga perkara, iaitu mencintai Nabi, mencintai ahli keluarga serta para sahabat Baginda dan membaca al-Quran.

“Sekiranya ibu bapa tidak berkesempatan mendidik sendiri anak-anak dalam perkara tersebut, mereka hendaklah memilih institusi pendidikan yang mampu melaksanakannya.”

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️