20 pelajar cemerlang SPM, 18 keluarga Tionghua berpendapatan rendah terima sumbangan kerajaan negeri
Oleh: Irham Hilmi Hashim
MACHANG, 30 Jun — Sebanyak 20 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan 18 keluarga daripada masyarakat Tionghua berpendapatan rendah menerima sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu majlis di Dewan Tok Kemuning, di sini, sebagai manifestasi komitmen kerajaan negeri memperkasa pendidikan dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemuning YB Ahmad Zakhran Mat Noor berkata, inisiatif itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam mengiktiraf kecemerlangan akademik di samping memastikan bantuan kebajikan terus disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kecemerlangan SPM 2025 dan Sumbangan Al-It’am Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Tok Kemuning, Machang pada 26 Jun.
Sumber: inforakyat.kelantan.my