KelantanNegeri

Kelantan jadikan pendidikan agenda utama pembangunan negeri

Oleh: Asri Hamat

KOTA DARULNAIM, 29 Jun – Kerajaan Negeri Kelantan terus meletakkan sektor pendidikan sebagai agenda utama dalam pembangunan negeri kerana pembangunan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada aspek fizikal, sebaliknya perlu didukung oleh pembangunan insan.

Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Shamsul Abu Bakar berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap usaha memperkasakan pendidikan rakyat kerana pelaburan dalam bidang itu adalah pelaburan yang paling menguntungkan dan manfaatnya akan diwarisi oleh generasi akan datang.

“Sesungguhnya pembangunan sesebuah negeri tidak hanya bergantung kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi lebih utama ialah pembangunan insan.

“Kita percaya bahawa pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan pelaburan yang paling menguntungkan kerana hasilnya bukan sahaja dinikmati pada hari ini bahkan akan diwarisi oleh generasi yang akan datang.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Tahun 2025 di Dewan Tok Guru Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️