KelantanNegeri

Busana Melayu tema Festival Kesenian Kelantan 2026

Oleh: Irham Hilmi Hashim
Kredit foto: Unit Media Menteri Besar

KOTA BHARU, 29 Jun — Busana Melayu dipilih sebagai tema Festival Kesenian Rakyat Kelantan (FKRK) 2026 yang dijadualkan berlangsung di Jeti Pelancongan Tok Bali Pasir Puteh pada 1 hingga 4 Julai.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, pemilihan tema tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan warisan Melayu terus dipelihara, dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Tahun ini, tema Busana Melayu diangkat sebagai lambang keindahan warisan, adab dan jati diri bangsa.

“Sepanjang festival nanti, pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian menanti orang ramai. Marilah kita bersama-sama berbusana, meraikan warisan, menghidupkan budaya dan memeriahkan Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️