KelantanNegeri

Kes denggi di Kelantan turun 63.5 peratus setakat 20 Jun – Exco Kesihatan

Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media YB Hilmi Abdullah

KOTA DARULNAIM, 28 Jun – Kelantan merekodkan penurunan sebanyak 63.5 peratus kes demam denggi setakat 20 Jun tahun ini apabila sebanyak 319 kes dilaporkan berbanding 875 kes dalam tempoh sama pada 2025.

Demikian kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah menerusi media sosialnya, pada Sabtu.

Katanya, hanya tiga daerah di negeri ini yang mencatatkan bilangan kes tertinggi ialah Kota Bharu dengan 110 kes, diikuti Bachok (52 kes) dan Pasir Mas (37 kes).

“Negeri ini  turut merekodkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi tahun ini berbanding tiada kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

“Walaupun hanya melibatkan satu kes, setiap kematian akibat denggi merupakan satu kehilangan yang amat kita kesali dan perlu dijadikan peringatan kepada semua pihak,” jelasnya.

Sebelum itu, beliau merasmikan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Kelantan yang dianjurkan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Pejabat Kesihatan Daerah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, semalam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️