Sembilan siswi cipta sejarah graduan pertama Darul Quran MAIK
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media MAIK
KOTA BHARU, 25 Jun – Sembilan pelajar perempuan mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan pertama siswi yang berjaya menamatkan pengajian di Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak institusi itu mula menerima kemasukan pelajar perempuan pada 2023.
Mereka adalah sebahagian daripada 32 graduan yang diraikan dalam Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Darul Quran MAIK 2026 yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, semalam.
Semua graduan terbabit berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun pengajian.
Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK YBM Tengku Tan Sri Dato’ Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata pencapaian kumpulan pertama siswi itu membuktikan komitmen MAIK dalam melahirkan lebih ramai huffaz daripada kalangan pelajar lelaki dan perempuan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my