KelantanNegeri

Kuliah mingguan Dato’ Tuan Saripudin semarak budaya ilmu di Selising

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Dato’ Tuan Saripudin

PASIR PUTEH, 25 Jun – Kuliah mingguan yang disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selising YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail di Masjid Taman Barakah, Kampung Tasek Pauh, Selising terus menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat setempat serta golongan asatizah.

Menerusi pengajian yang berlangsung secara berkala itu, Dato’ Tuan Saripudin meneruskan kuliah tafsir al-Quran yang kini telah memasuki perbincangan Juzuk 15 melibatkan Surah al-Isra’ ayat 18 pada 19 Jun lalu.

Menurutnya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, sesi kali ini turut menyaksikan permulaan pengajian khusus kitab Idhoh Qawaid Feqhiyyah bersama para asatizah dan ilmuwan muda bagi mendalami kaedah-kaedah fiqh yang menjadi asas penting dalam memahami hukum-hakam Islam.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️