Bandar Sri Mentara Machang pemangkin baharu pembangunan jajahan
Oleh: Irham Hilmi Hashim
MACHANG, 24 Jun – Bandar Sri Mentara Machang berpotensi menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan Jajahan Machang menerusi pelbagai inisiatif yang merancakkan aktiviti ekonomi setempat sekali gus memperkukuhkan kesejahteraan dan perpaduan masyarakat.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, objektif utama penganjuran Program Mache Kito Bersama Komuniti 2026 adalah untuk memperkenalkan Bandar Sri Mentara Machang kepada masyarakat agar segala kemudahan yang tersedia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
Menurutnya, bandar tersebut mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu pertumbuhan baharu yang mampu memberi nafas segar kepada pembangunan Jajahan Machang pada masa hadapan.
“Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan Bandar Mentara Machang kepada masyarakat agar bandar ini dapat menjadi pemangkin dan memberi nafas baharu kepada pembangunan Jajahan Machang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mache Kito Bersama Komuniti 2026 di Bandar Sri Mentara Machang, di sini, pada 19 Jun.
Sumber: inforakyat.kelantan.my