Kelantan tumpu pemilikan rumah dalam kalangan rakyat
Oleh: Asri Hamat
KOTA DARULNAIM 21 Jun — Kerajaan Negeri Kelantan terus memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat khususnya pasangan muda, penjawat awam, pekerja sektor swasta dan golongan berpendapatan sederhana selaras dengan Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) 2026.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar YB Hilmi Abdullah berkata, agenda perumahan yang dilaksanakan kerajaan negeri sebagai usaha membina keluarga sakinah, masyarakat berakhlak dan komuniti yang sejahtera.
Menurutnya, dalam Islam rumah merupakan institusi pembinaan insan dan madrasah pertama yang membentuk generasi masa hadapan,” katanya di media sosial, pada Sabtu.
Sumber: inforakyat.kelantan.my