Delegasi Indonesia kagumi pendekatan pentadbiran Islam Kelantan
Oleh: Syamimi Manah
KOTA BHARU, 21 Jun – Pendekatan pentadbiran Islam yang dilaksanakan di Kelantan menarik perhatian delegasi dari Nunukan, Indonesia yang mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud di Kediaman Menteri Besar JKR 10, di sini, semalam.
Rombongan yang diketuai Ketua Kaukus Perempuan Politik Indonesia (KPPI) Robiyanti Karim Yakub itu hadir bagi mendalami pelbagai aspek pentadbiran negeri yang berteraskan dasar Membangun Bersama Islam termasuk pelaksanaan syariat, pembangunan masyarakat, kebajikan rakyat dan pemerkasaan wanita.
Sehubungan itu, Dato’ Mohd Nassuruddin berkata Kelantan dibina atas asas pemerintahan Islam yang menjadikan pengabdian kepada Allah SWT sebagai teras dalam setiap dasar dan tindakan kerajaan negeri.
Sumber: inforakyat.kelantan.my