KelantanNegeri

JENDELA Kelantan teliti status projek, capaian internet dan liputan luar bandar

Oleh: Asri Hamat
Foto: FB YB Dato’ Wan Roslan

KOTA DARULNAIM, 16 Jun – Jawatankuasa Jalinan Digital Negara (JENDELA) Negeri Kelantan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi dan liputan internet di seluruh negeri.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, mesyuarat itu turut meneliti status semasa projek-projek JENDELA serta isu berkaitan capaian internet di negeri ini.

Menurutnya, perbincangan turut merangkumi pembangunan menara telekomunikasi, liputan rangkaian di kawasan luar bandar serta langkah penambahbaikan yang perlu diambil bagi memastikan rakyat Kelantan terus menikmati perkhidmatan komunikasi yang lebih baik, stabil dan berkualiti.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️