KelantanNegeri

KICW 2026 tarik 20,000 pengunjung

Oleh: Asri Hamat

KOTA BHARU, 15 Jun – Sebanyak 20,000 pengunjung menghadiri Kelantan International Coffee Week (KICW) 2026 yang berlangsung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Jun lalu di Gelanggang Seni, di sini.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, YB Datuk Kamaruddin Md Nor, menzahirkan rasa bangga atas sambutan menggalakkan yang diterima sepanjang penganjuran program berkenaan.

Beliau berkata, pengunjung dan peminat kopi bertali arus hadir ke Gelanggang Seni untuk menikmati pelbagai varieti dan jenis kopi yang ditawarkan.

“Saya difahamkan mengikut anggaran penganjur, seramai 20,000 pengunjung hadir sepanjang empat hari program ini berlangsung. Alhamdulillah, jumlah itu berjaya melepasi sasaran dan saya mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup KICW 2026 di Gelanggang Seni, malam tadi.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️