KelantanNegeri

Kelantan peruntukan RM120,000 perkasa inovasi produk biokesihatan

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 15 Jun – Program BioFounder Challenge terus memainkan peranan penting sebagai platform yang merangsang kreativiti dan inovasi dalam kalangan usahawan bio tempatan, sekali gus menggalakkan penghasilan produk biokesihatan yang berkualiti, selamat dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berautoriti.

Exco Pertanian, Industri Agro-Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Saripudin Tuan Ismail berkata bagi menyokong pelaksanaan program tersebut, sebanyak RM120,000 telah diperuntukkan bagi penganjuran BioFounder Challenge bagi tahun 2024 dan 2025 sebagai hadiah kepada para peserta yang menyertai cabaran berkenaan.

Katanya, inisiatif tersebut menjadi antara usaha strategik dalam memperkukuhkan pembangunan sektor bio di Kelantan melalui penglibatan usahawan tempatan yang berpotensi menghasilkan produk berdaya saing.

“Peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memberi galakan kepada usahawan tempatan untuk terus menghasilkan produk yang inovatif dan berkualiti tinggi.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️