KelantanNegeri

Pengamal media perlu pertahan integriti, kekal kepercayaan rakyat – MB Kelantan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA BHARU, 14 Jun – Pengamal media perlu terus mempertahankan integriti dan etika kewartawanan agar kekal menjadi sumber maklumat yang dipercayai rakyat dalam era ledakan maklumat serta perkembangan teknologi digital yang semakin mencabar.

Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, kepercayaan masyarakat merupakan aset paling berharga dalam dunia kewartawanan kerana tanpa keyakinan rakyat, sesuatu laporan tidak lagi mampu membawa pengaruh dan mencapai matlamatnya.

Beliau berkata, masyarakat bukan sahaja mengharapkan maklumat disampaikan dengan pantas, malah lebih penting laporan yang diterbitkan mestilah tepat, sahih dan berintegriti.

“Dalam era ledakan maklumat hari ini, para pengamal media khususnya wartawan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan setiap laporan yang disiarkan berasaskan fakta yang benar serta dapat dipertanggungjawabkan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️