KelantanNegeri

RM72,000 Tabung Amal DUN Kijang bantu mangsa kebakaran Kampung Kedai Buloh

Oleh: Irham Hilmi Hashim

KOTA BHARU, 10 Jun — Sebanyak RM72,000 hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung Amal DUN Kijang berjaya diagihkan kepada mangsa kebakaran Kampung Kedai Buloh sebagai usaha membantu mereka meneruskan kehidupan selepas berdepan kehilangan kediaman dan harta benda dalam kejadian pada 3 April lalu.

Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang YB Dato’ Izani Husin berkata, agihan bantuan tersebut dilaksanakan selepas tabung berkenaan ditutup minggu lalu bagi membolehkan keseluruhan kutipan disalurkan kepada mangsa yang terjejas.

“Minggu lalu kami bersetuju untuk menutup Tabung Kebakaran Kampung Kedai Buloh yang dibuka susulan kejadian pada 3 April lalu dan menetapkan untuk mengagihkan sumbangan kepada mangsa pada hari ini.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️