MPKB-BRI, MBPJ hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cina
Oleh: Asri Hamat
KOTA BHARU, 10 Jun – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cina, di sini, hari ini.
MPKB-BRI menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan melalui Yang Dipertuanya, Dato’ Zulkiflee Ab Rahman, manakala MBPJ menghulurkan bantuan wang tunai yang disampaikan Datuk Bandarnya, Dato’ Mohamad Zahri Samingon.
Dato’ Zulkiflee berkata MPKB-BRI akan terus bersama mangsa bagi membantu meringankan kesusahan yang dihadapi susulan kejadian itu.
“Musibah yang menimpa mangsa merupakan satu ujian dan berharap mereka dapat bersabar dalam menghadapi dugaan berkenaan. “Pada hari ini, insya Allah MPKB-BRI memberi sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan kebakaran.
Sumber: inforakyat.kelantan.my