KelantanNegeri

Exco Kebajikan santuni mangsa kebakaran Kampung Gok Kapur, hargai komitmen petugas

Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media Exco

KOTA BHARU, 10 Jun – Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato’ Rohani Ibrahim turun padang menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur di sini, serta menghargai komitmen semua petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu keluarga terjejas sejak hari pertama kejadian pada 8 Jun lalu.

Beliau berkata, tragedi yang menimpa 29 keluarga itu amat menyentuh perasaan apabila ramai mangsa kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata, malah ada yang hanya sempat menyelamatkan diri tanpa membawa keluar barangan berharga dan dokumen penting.

Menurutnya, ujian yang menimpa mangsa amat dirasai lebih-lebih lagi ketika sesi persekolahan baru sahaja bermula, sekali gus menuntut tindakan segera bagi memastikan kebajikan keluarga terlibat terus terbela.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️