KelantanNegeri

Lebih 30 buah rumah musnah dalam kebakaran Gok Kapur, bantuan segera diperlukan

Oleh: Syamimi Manah

KOTA DARULNAIM, 8 Jun – Bantuan segera diperlukan bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Gok Kapur selepas lebih 30 buah rumah dilaporkan musnah dalam kejadian yang berlaku tengah hari tadi, melibatkan 130 mangsa.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kijang YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 12.30 tengah hari sebelum terus bergegas ke lokasi bagi meninjau keadaan serta bertemu sendiri dengan mangsa yang terlibat.

Menurutnya, tragedi berkenaan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam sekelip mata.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️