Pusat Ternakan Rusa Rong Chenok jadi pusat pembelajaran penternakan
Oleh: Asri Hamat
Kredit foto: Media Exco
PASIR MAS, 4 Jun – Pusat Ternakan Rusa Rong Chenok diharap terus memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran dan pendedahan maklumat berkaitan penternakan kepada masyarakat, kata Exco Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, kewujudan pusat ternakan itu memberi peluang kepada masyarakat, khususnya generasi muda, mengenali dengan lebih dekat selok-belok penternakan rusa, lembu dan ternakan lain secara langsung.
Katanya, pengalaman sedemikian mampu melahirkan minat baharu serta mendekatkan masyarakat dengan industri pertanian dan penternakan negara.
“Pengalaman sebegini tidak ternilai harganya kerana ia dapat melahirkan minat baharu dan mendekatkan masyarakat dengan industri pertanian dan penternakan negara.”
Sumber: inforakyat.kelantan.my