ADN Wakaf Bharu bermotorsikal hadiri 20 undangan rakyat
Oleh: Syamimi Manah
Kredit foto: Media ADN Wakaf Bharu
TUMPAT, 3 Jun – Ahli Dewan Negeri (ADN) Wakaf Bharu YB Mohd Rusli Abdullah meluangkan masa menghadiri 20 undangan masyarakat dengan menaiki motosikal dalam usaha mengeratkan silaturrahim bersama rakyat pada Sabtu.
Undangan yang diterima melibatkan pelbagai majlis kemasyarakatan sekitar Wakaf Bharu dan luar kawasan termasuk kenduri, kesyukuran, sambutan hari raya, tahlil serta aqiqah yang berlangsung dari pagi hingga lewat petang.
YB Mohd Rusli berkata, penggunaan motosikal membolehkannya bergerak lebih lancar dan memenuhi sebanyak mungkin undangan yang diterima sepanjang hari berkenaan.
Sumber: inforakyat.kelantan.my