Pemuda Amilin , Terus Istiqamah
Oleh : ANNA TAN
TAWAU ~ Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau Kali ke-36, bertempat di PASTI Nurul Ain Batu 2, berjaya diadakan dengan penuh semangat yang berkobar-kobar dalam menghadapi PRU .

Mesyuarat Agung kali ini memilih tema âPemuda Amilin, Terus Istiqamahâ sebagai seruan kepada seluruh pemuda agar terus teguh melangkah di medan perjuangan, meskipun berdepan pelbagai cabaran dan ujian zaman.
Mesyuarat kali ke-36 ini dirasmikan oleh Landari Labobo, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah,
Dalam ucapan perasmian, Landari menekankan  agar tenaga jentera pemuda perlu di posisikan sesuai dengan kepakaran mereka serta mengutamakan  pentarbiyahan dan pembentukan akhlak kepada jentera pemuda sebagai salah satu syarat untuk mencetak amilin yang istiqamah.
Manakala Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Dr Munzier Mahamud, semasa memberi ucaptama mengingatkan para ahli mesyuarat bahawa kekuatan perjuangan tidak terletak pada bilangan semata-mata, sebaliknya pada kekuatan tarbiah yang dapat melahirkan pemuda yang berjiwa besar, berakhlak mulia dan teguh memegang prinsip Islam.
â Saya menyeru seluruh jentera pemuda agar terus menjadi barisan hadapan dalam membawa mesej dakwah dan politik Islam kepada masyarakat, Â selain memperkukuh peranan sebagai agen perubahan yang dekat dengan denyut nadi rakyatâ
â Tarbiah mesti terus menjadi nadi gerakan kerana daripada proses itulah lahir pemuda yang istiqamah, berdisiplin dan sanggup berkorban demi agamaâ
â Kerja pilihanraya bukanlah tugas bermusim yang hanya digerakkan ketika hampirnya hari pengundian, sebaliknya perlu dibina melalui gerak kerja yang konsisten, tersusun dan berpanjanganâ.tegasnya.
âPemuda Amilin, Terus Beristiqamahâ bukan sekadar tema yang menghiasi pentas mesyuarat, tetapi merupakan janji dan komitmen seluruh saf pemuda untuk terus membawa obor perjuangan Islamâ
Mesyuarat ini turut di hadiri oleh pemangku Timbalan Yang Dipertua PAS Tawau, Rosli Hasan , serta menghimpunkan ahli jawatankuasa pemuda PAS Tawau, serta perwakilan-perwakilan  pemuda daripada 5 cawangan PAS , iaitu PAS Cawangan Taman Ria, PAS Cawangan Balung, PAS Cawangan Ranggu, Kg Jawa dan Sabindo
Mesyuarat itu turut menggariskan beberapa fokus utama termasuk pemantapan organisasi, pengukuhan pendidikan politik Islam, pelaksanaan program yang lebih dekat dengan generasi muda serta kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya secara berterusan.